wah3!! one fine day,,
i am going to be there! insyaallah :)
i am going to be there! insyaallah :)
wonders of the world ni kan korang akan sentiasa berubah dan berubah mengikut peredaran masa..
uhu3..jadi keajaiban ni xkan pernah sama DAN sama pada masa akan datang.. dan korang,, xde keajaiban yang lebih besar dari keajaiban ilahi dari Allah S.W.T.
jum kita kenal dan kenal
"wonder of the world" :)
Taman Gantung Babylon
dah xde k sekarang
Lembaran sejarah paling tua yang mencatat karya arsitektur yang dilengkapi taman sebagai wujud cinta kasih terhadap seseorang yang sangat disayangi adalah di Mesopotamia, Irak purba. Dalam catatan Herodotus, seorang penulis Yunani kuno, disebutkan bahwa saat Raja Nebukadnezar II yang menjadi raja di Kerajaan Babylon baru (605-562 SM), telah memerintahkan untuk membuat taman gantung yang sangat indah, sebagai hadiah kepada Amytis, sang permaisuri yang sangat disayanginya.
Taman gantung merupakan wujud arsitektur pertamanan khas Mesopotamia, yang telah dikenal rakyat Mesopotamia sejak masa pemerintahan Raja Hammurabi di Kerajaan Babylon lama (1792-1750 SM). Di antara bangunan-bangunan kota yang tinggi mencuat di permukaan tanah itulah biasanya ditanami tanaman-tanaman yang indah, sehingga dari kejauhan terlihat seperti taman yang menggantung.
Taman gantung yang dibangun Raja Nebukadnezar II yang puncak kejayaannya sekitar 612 SM, kemudian menjadi sangat terkenal ke seluruh penjuru dunia dan dikagumi rancangannya hingga kini. Taman Gantung Babylon ini kemudian menjadi monumen agung Kerajaan babylon yang tiada duanya. Luas taman ini diperkirakan 4 are (1 acre = 4046.86 m²). Wujud arsitekuralnya sangat unik, karena bertingkat-tingkat. Taman ini ditanami berbagai pepohonan indah dan dilengkapi sistem pengairan hingga ketinggian 100 meter di atas permukaan tanah. Dari puncak taman ini dapat disaksikan pemandangan di sekeliling Kerajaan Babylonia.
Piramid Agung Kufu
gambar abad ke-19
merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripadaWangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
Tembok Besar China
dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera
Taj Mahal
terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
Grand Canyon
dilihat dari Lingkaran Selatan, 2003
Grand Canyon ialah sebuah gaung yang amat curam dan berwarna-warni yang diukir oleh Sungai Colorado di negeriArizona, Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya terangkum dalam Taman Negara Grand Canyon — salah satutaman negara yang awal di Amerika Syarikat. Presiden Theodore Roosevelt ialah penyokong utama kawasan Grand Canyon dan yang banyak kali mengunjunginya untuk memburu serta untuk menikmati pemandangannya.
Grand Canyon dicipta oleh Sungai Colorado yang memotong sebatang saluran melebihi enam juta tahun dahulu.Ngarai ini 277 batu (446 kilometer) panjangnya, dengan lebarnya 4 - 18 batu (6.4 - 24 kilometer) dan dalamnya melebihi sebatu (1.6 kilometer). Hampir dua bilion tahun sejarah Bumi didedahkan ketika Sungai Colorado dan cawang-cawangnya memotong lapisan demi lapisan enapan apabila penara-penara Colorado terjulang.
sekarang jum kita layan lagu ni
konferm korang suka!
kisah taj mahal terbina,,rasanya korang semua dah tau kan? hmm lagu ni mmg best..
mendayu-dayu buat aku tertidur..hua3.. tapi,,if one day,,fine day,, have a chance to be there(india)
pasti dan pasti ai adalah THE best memory ever after! hua3.. tapi,, If I was given two choices for a free(ececeh) vacation either to India or to China .. I would choose both .. hua3.. tapi sapa nak kasi free??? aiyoiii!!! satu pun xdapet inikan pula dua yerk?? uwaaa!! :(
msg kamek:
hehe,,semua maklumat2 tu didapati dari wikepedia
sbb xdapat pegi secara life and real dan3..jadi ai pergilah secara maya..hua3..