728 x 90
Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan

Wednesday, April 13, 2011

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik. Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini.

FAKTOR KONFLIK DALAM
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

~Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam.
~Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi.
~Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal.
~Prasangka dan prejudis yang menebal.

CABARAN
HUBUNGAN ETNIK

*Politik perkauman:

~ Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing.
~ Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing.
~ Sukar menerima pemimpin dari kaum lain.
~ Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal.

*Ekonomi:

  Perbezaan pekerjaan 
~ Menghalang interaksi yang lebih kerap.
~ Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama.
~ Semangat perkauman terus menebal.

 Dominasi sektor ekonomi 
~ Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan.
~ Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar
daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud.

*Sosial:

Pemisahan penempatan
~ Akibat dasar pecah perintah British.
~ Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi.
~ Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.

Pengasingan sistem pendidikan
~ Sistem persekolahan memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda.
~ Interaksi akan berkisar di kalangan etnik yang sama.
~ Membentuk semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka.

Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi,
politik dan sosial barat

*Agama, Adat istiadat & Budaya

Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang berlainan:
~ Mudah terjadinya konflik.
~ Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.
~ Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan,
memilih sahabat dan mencari teman hidup.

FAKTOR KEJAYAAN PEMBINAAN
MASYARAKAT MALAYSIA

Keazaman politik dari segi Pemimpin yang mempunyai niat untuk menginstitusikan hubungan etnik. Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik.  Dari sini akan tercetus kemahuan serta aktiviti dalam bentuk pelan tindakan yang berkesan. Adanya badan induk yang menjadi faktor pemangkin kepada semua program hubungan etnik dan integrasi yang melibatkan Golongan sasaran yang dikenalpasti (critical mass) seperti Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN). Faktor ekonomi dari segi kekukuhan dan kemantapan ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan hubungan etnik di Malaysia. Pengajaran yang mesti diambil iktibar  ialah peristiwa 13 Mei 1969.  Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival manusia dipenuhi.Peranan agama islam itu sendiri telah memberi pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan Tamadun Malaysia. Dengan majoriti penduduk beragama Islam, maka sewajar Islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Sebagai agama rasmi Islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan beragama.Di samping itu, rakyat mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi yang diingini.  Wawasan 2020 harus dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi nasional negara ini.Akhir sekali Penggunaan Sains dan Teknologi seperti Penggunaan mykad untuk mengatasi masalah imigresen, interaksi virtual dengan penggunaan teknologi tanpa wayar 3G, penerbangan yang lebih murah daripada Air Asia dan shared portal dapat menangani masalah hubungan etnik dan integrasi nasional.













2 comments

Anonymous
April 17, 2011 at 10:49 AM

waaa.....ini sayer punyer note laa..=)

April 17, 2011 at 1:07 PM

haha..
singgah la lagi baca note ni..
semoga bertambah2 la ingatan kamoo yaa...kua3

Post a Comment
#resepi #cooking try#precious food# 100 days 11 ogos 2014 100 days 16 february 2015 20-an Action songs advertising ALPHABET RECOGNITION AMAZON Art and craft award Baby Milestones baby photo Bandung BECE Ben ashaari bencana a.k.a musibah best place to visit KELANTAN BIRTHDAY PARTY bisnessbyIstanaSyurga bisnessonline BLOGLIST DAN SEGMEN breasfeeding tips brownies children assessment children milestones children performance children safety children trip and visit children with special need=gifted Cinta Malaysia Sayang Kelantan cognitive development contest dan contest DramaTv English Language foodhunters Future Teacher GIVEAWAY greenandredtea greenteathailand hand eyes recognition Hari Rabu hilang# sukar jejaki lagi# dicuri# lalai# holiday a.k.a makan angin :) homeschooling INDONESIA kegemaran saya Ketam kid songs KIDS ACTIVITY KIDS PROJECT KIDS TOYS Kota Bharu Kelantan Kunak lagu+lirik lesen kereta LESSON PLAN Lets learn "BAHASA MELAYU" letters Madinah makanan bercengkerang Makkah Malay songs Maruku mimpi BESAR movie musim panas nephew+niece+children nothing just to say NURSERY NURSERY RHYMES one destination. parenting tips parents teacher relationship party themem Barbie theme PLANE TICKET pools and waterfun PRESCHOOL Princess sofia themem Pink theme PTPTN public transportation puisi+poem+whatsoeverlah Quotes of the Week Ramadhan redteathailand Resepi sos Mangga Resepi sos nyonya REVIEW RINDU SABAH saya jual secret recepi segmen agama sensory skills services Singapore SOS MANGO specialcare SPORT&OUTDOOR SSPN Tawau teaching skills teman+sahabat tengah marah tips+petua+amalan=tindakan toddlers TV SHOW UMRAH water play WRITING SKILLS