credit to:
msg:
terima kasih,terima kasih,terima kasih
semoga kita mendapat sesuatu yang positif kerana meluangkan masa untuk membaca sedikit nota yang banyak memberi nasihat kepada kita.
Bangkrap!!!
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Adakah kamu tahu siapa orangmuflis? Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: ``Sesungguhnya orang muflis dari umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka. (Riwayat Muslim dan Tarmizi)
Manusia pada suatu masa nanti benar-benar memerlukan bantuan dan pertolongan bilamana seseorang itu mengalami keadaan kecemasan di akhirat nanti. Amal ibadat kurang, kebaikan yang dilakukannya juga habis diambil dan diberikan kepada orang lain yang pernah dizaliminya semasa hidup di dunia dahulu. Inilah kemuflisan yang amat ditakuti.
Ada bapa atau suami yang akan bangkrap kerana didunia amal agama hebat , namun mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan.Abaikan tanggungjawab mendidik , memberikan nafkah dan kasih sayang kepada mereka.... nauzubillah.
Hari ini manusia berebut-rebut mencari keuntungan dunia...hingga melupakan nasib sendiri diakhirat kelak.Usah tertipu dengan dunia , nafsu dan keinginan yang tak berkesudahan...kita datang kedunia kosong, kita akan kembali ke akhirat dengan kosong juga.Semua milik Allah, yang dipinjamkan untuk sementara.Hanya bekalan amal soleh yg dilaksanakan didunia dan langsai melaksanakan tanggungan yang diamanahkan akan selamat, itupun dengan rahmat Allah semata.
Semuga kita semua tidak bangkrap diakhirat kelak...amin
kenangan ku:
disaat aku dan rakan2 berada didalam tempat bersuluk milik Tokoh ulamak (Tok Solehor) last year~adalah saat yang paling menggentar jiwa,jantung,limpa dan seluruh organ-organ dalam badan.Namun dikentalkan semangat dikuatkan roh dan jasad untuk turut serta berada didalam suluk tesebut.untuk mengingsafi diri,untuk mengingati mati,untuk merasai hidup didalam gelap dan gelita. ketika itu aku bersama rakan2ku bukan bersendiri.aku telah mengalami perasan takut yang tidak terkira,rakanku ada jua yang tidak berani utuk bersama lebih kepada melihat kami yang merasai sendiri.Andai kata ajalku pendek dan aku harus hidup bersendiri di alam kubur..Ya Allah aku benar takut dan aku belum bersedia Ya Allah! semoga umurku panjang sehingga ajalku tiba aku benar2 menjadi perempuan solehah yang mampu berbakti kepada Ibu Bapa ku,keluargaku dam masyarakat di sekelilingku.Amin Ya Rabbal A'lamin.