assalamualaikum mr Boo dan para blogger,,
bukan ai berniat untk menciplak karya atau hasilan para blogger lain tapi kata2 nasihat itu seperti bermakna untuk ai dan biarlah ia menjadi panduan untk ai menjadi lbih baik.. ai juga sedang mencari identiti diri kearah yang lebih baik..
dan inilah karya hasil nukilan ben ashaari ~,~
Ada antara mereka berkata ...
" Aku masih muda lagi ... "
" solat pon tak guna kalau buat dosa "
dan banyak sangat la alasan mereka untuk tidak lagi bersolat ...
Tak mengapa.. mereka belum menerima hidayah dari Allah .. kita jangan perli , jangan sindir mereka .. Berdoa saja agar terbuka pintu hati mereka untuk menerima kehadiran ISLAM sebenarnya.. Bukan sekadar nama saja .. mana tau , satu hari nanti mereka akan lebih beriman dari kita yang dah beriman berpuluh tahun ..
Aku dulu tergolong dikalangan mereka ... Aku pernah berdoa .. Sekiranya Allah menghadirkan seseorang wanita dalam hidup aku yang mana dia akan menunjukkan aku pintu syurga yakni pintu masjid atau surau sesungguhnya dia itulah isteriku ! Baca kisah tu di SINI ..
Sejak itu aku berubah.. Perkenalan aku dengan seorang lagi rakan yang mana dia sendiri pon sedang mendalami bidang agama merasakan sebenarnya Allah sedang membuka pintu hatiku ..
Ini bermakna , yang sudah tu sudahlah .. masa untuk aku tinggalkan segala kekotoran dibaju aku dan pakai baju yang baru.. Tapi tak bermakna aku harus lupakan segala kekotoran itu namun aku perlu bertaubat atas segala dosa lampau ..
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Bak kata orang bijak , tak susah nak buat pahala tapi susah untuk buat dosa ! Fikir fikirkan ..
cma dcini ai merasakan ben ashaari tersalah taip kata orang bijak atau mngkin itulah sebenarnya ,,hish penim2 sbb ai xtau nak explain mcmana tp ai ase nie kata-kata orang bijak y sbnrnya atau kata2 nie datangnya dari ai y merasakan inilah y berlaku dalam seharian kehidupan ai dan kebanyakan dari kita semua bukan??"
bak kata orang bijak : tidak susah nak buat dosa tapi susah untuk buat pahala..mungkin ini y sbnrnya atau ai y telah salah mentafsir..uhu3..
Sama samalah kita berdoa :
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8)
msg : tidak menjadi hal dan keberatan untuk membuat dosa,,kerana dosa boleh hadir,didapati dengan pelbagai jalan.. tapi untuk mendapatkan pahala itu pula memerlukan pengorbanan dan mental y kuat..