Saturday, March 26, 2011

35 Petua Pelajar Cemerlang

sebelum tidur ai nak kongsi sedikit tentang pembacaan ai ( title diatas ) oleh penceramah hebat Dr Fadzilah Kamsah.. siapa tidak mengenali beliau adalah mereka yang hidup dalam zaman batu..tidakpun mereka yang mengamalkan gaya hidup yang berpindah randah..sekejap di gua sekejap di celah2 akar kayu, sekejap ditepi2pantai.. tapi ai percaya tidak ada dari kalangan kita kini tidak mengenali beliau bukan? pasti tidak! ok la,,dah lewat malam sangat dah.. ai pun dah ase mengantuk.. korang baca dan praktiskanlah dalam kehidupan yaa.. insyaallah dengan niat ingin berjaya pasti akan berjaya.



ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang,  Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi.
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut 
teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran


msg:



 pelajar yang cemerlang bukan sahaja dilihat pada nilai akademiknya tetapi juga kepada nilai akhlak dan tingkah laku yang seimbang dalam kehidupan seharian. Semoga artikel ini menjadi panduan dan bermanfaat kepada kita untuk lebih bersedia dalam mengaut setiap kejayaan yang ingin dikecapi pada hari ini,tika ini,saat ini dan hari yang akan datang :)
Post a Comment
#resepi #cooking try#precious food# 100 days 11 ogos 2014 100 days 16 february 2015 20-an Action songs advertising ALPHABET RECOGNITION AMAZON Art and craft award Baby Milestones baby photo Bandung BECE Ben ashaari bencana a.k.a musibah best place to visit KELANTAN BIRTHDAY PARTY bisnessbyIstanaSyurga bisnessonline BLOGLIST DAN SEGMEN breasfeeding tips brownies children assessment children milestones children performance children safety children trip and visit children with special need=gifted Cinta Malaysia Sayang Kelantan cognitive development contest dan contest DramaTv English Language foodhunters Future Teacher GIVEAWAY greenandredtea greenteathailand hand eyes recognition Hari Rabu hilang# sukar jejaki lagi# dicuri# lalai# holiday a.k.a makan angin :) homeschooling INDONESIA kegemaran saya Ketam kid songs KIDS ACTIVITY KIDS PROJECT KIDS TOYS Kota Bharu Kelantan Kunak lagu+lirik lesen kereta LESSON PLAN Lets learn "BAHASA MELAYU" letters Madinah makanan bercengkerang Makkah Malay songs Maruku mimpi BESAR movie musim panas nephew+niece+children nothing just to say NURSERY NURSERY RHYMES one destination. parenting tips parents teacher relationship party themem Barbie theme PLANE TICKET pools and waterfun PRESCHOOL Princess sofia themem Pink theme PTPTN public transportation puisi+poem+whatsoeverlah Quotes of the Week Ramadhan redteathailand Resepi sos Mangga Resepi sos nyonya REVIEW RINDU SABAH saya jual secret recepi segmen agama sensory skills services Singapore SOS MANGO specialcare SPORT&OUTDOOR SSPN Tawau teaching skills teman+sahabat tengah marah tips+petua+amalan=tindakan toddlers TV SHOW UMRAH water play WRITING SKILLS