copy this from facebook maybe. i keep this story in draft so long time ago.. i don't know who story belong.. but this story give a meaningful message for us.
here is the story...
Seorang anak mengadu kepada ibunya tentang kehidupan barunya di tempat kerja.
Dia baru sahaja grad dan bekerja di sebuah syarikat terkemuka ibu kota.
Macam-macam yang dirungutkannya; dari gaji yang sedikit, kerja yang menimbun, gosip rakan-rakan, hinggalah ke kesesakan jalan raya yang dihadapinya setiap pagi…
Ibunya hanya tersenyum, sambil tangannya ligat mengurus dapur manakala anaknya terus duduk bersungut di meja dapur meluahkan perasaan.
Sambil itu ibunya mengambil tiga periuk berisi air dan diletakkan dapur dan didihkan.
“Tolong ambilkan ibu sebatang lobak, sebiji telur dan sesudu serbuk kopi dari rak dapur”, kata si ibu kepada anaknya.
Tanpa banyak soal si anak mengambil bahan masakan yang diminta ibunya.
Kemudian si ibu mengambil lobak, telur dan serbuk kopi yang dibawa anaknya ke dalam periuk berasingan yang berisi air yang sedang didihkan tadi.
Selang beberapa minit…
… periuk pertama – lobak yang keras, beransur-ansur menjadi lembut dan lembik.
… periuk kedua – telur yang rapuh dan lebut, menjadi semakin pejal dan keras.
… periuk ketiga – serbuk kopi menghilang dan sebati di dalam air dan mengeluarkan aroma yang harum dan segar.
“Lihat anakku”, si ibu memecah hening.
“Air mendidih itu ibarat pancaroba dalam kehidupan ini”, si ibu berkias.
“Ketiga-tiga lobak, telur dan kopi menghadapi ‘cabaran’ dan ‘masalah’ yang sama, iaitu air yang panas mendidih, tapi kesannya berbeza”.
“Lobak asalnya keras dan kuat serta tidak mudah dipatahkan, tapi sekarang ia menjadi lembut dan rapuh sekali.
“Manakala telur yang asalnya rapuh dan cair di dalamnya sekarang bertukar kepada keras dan pejal di dalamnya.
“Manakala kopi pula yang asalnya hanyalak serbuk, telah meresap ke dalam air dan mengubah warna air malah menghasilkan aroma yang enak”
“Mana yang kau pilih, anakku?”, duga sang ibu.
Sambil anaknya berfikir, si ibu meneruskan kiasannya
“Ada orang yang seperti lobak. Asalnya seorang yang kuat, tapi apabila mengahadapi cabaran dan pancaroba, dia menjadi semakin lemah dan lembik. Mereka menyerah kalah dengan kehidupan”.
“Ada pula orang seperti telur, asalnya seorang yang lemah lemput tetapi apabila berhadapan cabaran demi cabaran hidup, dirinya semakin keras dan kasar.
“Berbeza pula dengan orang yang seperti kopi. Ketika keadaan menjadi semakin getir dan pancaroba semakin panas, ia menjadi semakin baik malah berjaya menghubah sekelilingnya menjadi lebih baik. Bukan dirinya yang berubah tapi keadaan sekelilingnya yang berubah”.
“Nah, sekarang kau pilih sama ada untuk menjadi lobak, telur ataupun kopi…..”, si ibu menghabiskan bicara.
Kalo anda, yg mana satukah yg anda pilih? Lobak? Telur? Serbuk kopi?
love,
teamoHada