728 x 90
Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan

Friday, May 27, 2011

CIRI-CIRI SEORANG KAWAN YANG BAIK

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah 
(seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,
 maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”  

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.  

2 - Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).  

3 - Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.   

4 - Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.  

5 - Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut,
“Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” 

Dalam satu hadis yang bermaksud,
“Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”   

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
#resepi #cooking try#precious food# 100 days 11 ogos 2014 100 days 16 february 2015 20-an ALPHABET RECOGNITION AMAZON Action songs Art and craft BECE BIRTHDAY PARTY BLOGLIST DAN SEGMEN Baby Milestones Bandung Ben ashaari Cinta Malaysia Sayang Kelantan DramaTv English Language Future Teacher GIVEAWAY Hari Rabu INDONESIA KIDS ACTIVITY KIDS PROJECT KIDS TOYS Ketam Kota Bharu Kelantan Kunak LESSON PLAN Lets learn "BAHASA MELAYU" Madinah Makkah Malay songs Maruku NURSERY NURSERY RHYMES PLANE TICKET PRESCHOOL PTPTN Princess sofia themem Pink theme Quotes of the Week REVIEW RINDU Ramadhan Resepi sos Mangga Resepi sos nyonya SABAH SOS MANGO SPORT&OUTDOOR SSPN Singapore TV SHOW Tawau UMRAH WRITING SKILLS advertising award baby photo bencana a.k.a musibah best place to visit KELANTAN bisnessbyIstanaSyurga bisnessonline breasfeeding tips brownies children assessment children milestones children performance children safety children trip and visit children with special need=gifted cognitive development contest dan contest foodhunters greenandredtea greenteathailand hand eyes recognition hilang# sukar jejaki lagi# dicuri# lalai# holiday a.k.a makan angin :) homeschooling kegemaran saya kid songs lagu+lirik lesen kereta letters makanan bercengkerang mimpi BESAR movie musim panas nephew+niece+children nothing just to say one destination. parenting tips parents teacher relationship party themem Barbie theme pools and waterfun public transportation puisi+poem+whatsoeverlah redteathailand saya jual secret recepi segmen agama sensory skills services specialcare teaching skills teman+sahabat tengah marah tips+petua+amalan=tindakan toddlers water play