Salain dari perasaan sedih kecewa marah.
Aku juga sering terganggu dengan bayangan memegang pisau dan aku ugut untuk bunuh diri dan aku halakan pisau itu pada siapa yang menyebabkan aku terancam.
Suara aku garau dan menempelak siapa sahaja didepan aku.
Halangan demi halangan aku tempis dengan kasar.
Aku menjerit sesungguhnya. Mata,aku jeling. Badan aku mengeras.
Pelbagai sumpahan dan cacian keluar dari mulut.
.....
Tidak ini bukan aku. Aku menampar pipi beberapa kali. Aku katakan ; Ini bukan aku, aku masih berfikir logik.
menjerit terlolong-lolong. Sang suara tidak kedengaran. Tidak itu bukan aku!
Lalu bayangan makin kabur dan menghilang. Datang dan pergi tidak diundang.
Besyukur Tuhan masih sayang. Aku masih mengawal diri.
Namun jika ia berulang kembali.. mampukan suara hatiku menutupinya lagi?
Takut pada ketidak tahanan diri.. Aku bukan sang gagah.. jiwa ku rapuh dan senang sekali terkoyak.
Aku takut jika tidak lagi terkawal maka aku bukan lagi aku.
....
Tinggalkan aku sendiri. biarkan aku bermonolog sendiri.. Tutup mulut kamu. Lari.
Jangan sampai kau terbunuh.
Bersambung....
Jika punggung tidak cukup panas untuk berdiri.. gunakan matamu untuk melihat.. gunakan telingamu untuk mendengar.. hati untuk merasa.. '
tapi malangnya.. lidahmu panjang dan tajam dalam berkata-kata.. hingga katakatamu yang remeh menjadi kecil.. laju membesar dan tinggi.. menggoncang para kayu yang hampir roboh..
sukarkah untuk berkata hal yang baik? sukarkah untuk menuturkan perkataan yang elok? sukarkah untuk mengalah?
menegak benang yang basah.. yang jika benar mengikut perkiraanmu, tiada rugi untuk berhenti.. yang jika salah mengikut pandanganmu tiada sia-sia untuk berhenti..
jika kamu sememangnya kuat.. yang cekal hatinya kenapa masih ingin berlawanan? yang biasa-biasa saja menjadi luar biasa.. dari menasihati menjadi hinaan?
kerana ada diantara kita masih belum tahu perbezaan..
Marah itu nanti responsnya bagaimana?
sedih itu bagaimana pula?
kecewa menangis, menjerit, terdiam lain lagi..
kerana ada dianatara kita suka mencampuradukkan semua.. selagi boleh menengakkan apa yang dirasa lalu membiarakan sang ikan didaratan..
mungkinkah perlu munculnya watak baru? .....
Bersambung....
1 comment
"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."