3.25am
24 june 2017
Saturday
Masih tidak dapat melelapkan mata. Sedangkan seharian aku begitu aktif.
Dari satu memori ke satu memori ke satu flash present kepada gambaran masa depan.. dari perasaan ingin bahagia kepada rasa pedih menyengat kepada duka tersimpul kuat.
Aku.
Masihkah tidak mampu terima kenyataan.
Masihkah terguris luka.
Masihkah berdendam pada diri.
Kerana memori terbahagi dua;
Bahagia dan duka.
Dan Tuhan ciptakan manusia;
Punyai Akal dan Hati.
Kenapa benar dan salah.
Masih ragu ragu memilih.
Kenangan begitu indah,
Mampu mencoretkan senyuman.
Bukan sekadar dibibir.
Juga seluruh jasad dan roh.
Kenangan tersiat hati,
Bukan sekadar mengamarahkan jiwa.
Malah menyelerak darah.
Bersepah sepah merata.
Sakit yang disimpan
Tersembunyi rapat
Gambaran kenangan
Cuba dihapùs
Dan mana mungkin
Aku mampu
Kerana sakitnya kembali
Pada malam nan sepi.
Tuhan padamu aku pohon
Sinarkan jalan yang benar
Keindahan syurga mu
Impianku.
Limpahkan cahaya
Untuk hati
Sering berbolak balik.
Agar kenangan pahit tersimpul rapi
Semoga kenangan indah sentiasa subur
Biarkan rindu nan indah itu membara
Kerana kenyataan dan kenangan
Tidak akan sekali berubah
Di pejam mata
Di buka mata
Akhirnya tetap sama
Tuhan engkau maha mengetahui akan sesuatu hal yang aku tidak ketahui. Pintaku hanya satu. Bagaimana cara apapun perjalanan hidupku.. akhirilah hidupku akan cinta dan rindu membara padamu. Kerana janjimu akan keindahan syurga adalah impianku.
Dan Tuhan..
selamatkanlah aku dari kejahatan minda. Jiwa dan akalku.
agar aku terselamat dari bahang kepanasan nerakamu.
Dan Tuhan
satukanlah aku dan kesayangan kesayanganmu dan aku di Syurga mu. Impianku...
teamoHada