dulu..aku.. tahun 20an..
Itulah satu bebanan yang maha hebat bagi seorang kanak-kanak berumur 12 tahun. A's is the most expensive more than a kid emotion. Bukan pada tahun 20 an sahaja tapi sehingga kini.
Sungguh. Bebanan emosi kanak-kanak normal semakin berkeliru dengan kepelbagaian karakter dan persekitaran. Keinginan, kemahuan, kepuasan dan kebanggaan. Nilai 'Kaya' bagi huruf konsonan 'K' sungguh bernilai sehingga ada mengenepikan tekanan-tekanan kecil anak-anak demi mengejar nilai A's.
Ada kononnya tidak kisah anak tidak dapat A's tetapi sayang suka ambil mudah. jika dipupuk dan sedikit tegas mungkin A's itu mengejar tuannya. Ada pula begitu tegas dan membiarkan anak gantung tidak bertali. Jika bertuah dijari, A's juga bakal mengejar tuannya. Jika tidak, emosi mental waima fizikal pula mengajar tuannya.
Anak akan membesar dewasa. Sedang dewasa sudah berpengalaman. Namun kenapa masih sama? Sudah lupakah si dewasa rasa menjadi anak kecil? Atau usia dan pengalaman telah mendewasakan pula?
Namun, itulah realiti nilai A's. Kerana disitulah bermulanya corak pertandingan dan semangat bertanding. Kerana manusia tetap menjadi manusia. Cuma nanti manusia yang bagaimana jadi di akhirnya.
Jika A's yang dikejar. Ciptakanlah impian buat anakmu dahulu. Cari gali apa yang diminati. Disamping mengejar jangan pula berciciran. Disebalik membiarkan jangan lupa berjuta juta manusia sedang berlumba-lumba.
Percayalah. Jika seorang anak kecil sudah punya misi. Tujuan hidup akan datang kepada mereka lebih jelas. Luaskan pandangan anakmu. Bukan sekadar tertumpu kepada nilai A's UPSR.
UPSR adalah tangga kecil kepada tahap pendidikan yang lebih cemerlang. Dan lebih penting tangga kecil kepada anak menjadi seorang manusia yang cemerlang juga adalah UPSR.
Love,
teamoHada