untuk menjadi sebatang pokok. pokok itu harus bersaing antara pokok pokok yang lain.. jika hidup.. bernafaslah ia.. tumbuh tinggi.. masih rapuh.. ada juga yang sasa.. mengikut jenis keturunan dan baka.. mengikut didikan dan suntikan kasih serta belaian..
Menjadi sebatang pokok tumbuh kuat, tinggi dan gah bukan perkara sukar dan tidaklah mudah.. tiada yang tidak indah dalam proses pokok membesar.. dan tidaklah juga indah sentiasa.. ada hari ditimpa hujan, petir, kilat dan ribut.. ada hari matahari terang benderang.. panas mencengkam ke perut bumi tanpa rasa titisan air bumi.. menjadi pokok.. se gah pokok berdiri antara pokok lain.. tidak mahu pentingkn diri ingin berbahagi kelebihan.. akhirnya mungkin dimakan diri..
begitulah pokok yang adakalanya menjadi tempat berteduh dan adakalanya menjadi tempat berkepentingan hal lain.. namun pokok masih tetap berjasa... masih tetap berdiri hingga nafas akhirnya.. dipanah petir mahupun dipotong potong badannya.. sedang pokok lain bersedih tp hidup mesti diteruskn dengan berjuang untuk terus memberi manfaat..
pokok.. penuh misteri.. semakin tinggi.. semakin berani.. mengeluarkan dahan dahan dan sekali lagi perlu bersaing..sekali lgi melalui proses proses seperti pokok.. namun kedaan makin rapuh.. makin halus.. jika rapuh terlalu awal sudah mengalah.. jika tidak bersedia tiba tiba sudah ditanah.. dipatah patah dan di pijak pijak.. namun tetap dahan mahupun pokok tetap saja masih berguna..
siapa tidak mahu menjadi si pokok.. tapi tidak juga lahirnya hanya dahan dahan..
pokok,
tH