728 x 90
Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan
Showing posts with label segmen agama. Show all posts
Showing posts with label segmen agama. Show all posts

Sunday, March 30, 2014

ALLAH sayang kita

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)
Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab : (لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah : 286)
Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab : ( ُأَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ الْقُلُوب) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)
Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab : (ُفَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍخَيْرًايَرَه) "Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7)
Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."
ALLAH menjawab: (ْوَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُم) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)
Ketika kita mengeluh : “ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab: ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ) “ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)
Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa..




love,
teamoHada

Tuesday, January 8, 2013

endorsement syaitan iblis



Syaitan dan iblis dah buat endorsement dengan Allah, nak rosakkan manusia ni, bukan manusia atau mahkluk yang lain buat endorsement.

“Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (QS. Al-Isra’: 53)

Pecah-belah ni syaitan suka. Allah suka apa?

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Ali-Imran:103)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-Imran:104)

Monday, August 1, 2011

Rintihan Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua umat islam

:::rintihan ramadhan suara hati  kecil ini:::


ibu,ayah maafkan anakmu,,
kakak,abang maafkan adikmu,,
teman-teman maafkan rakanmu,,
saudara sesama islam,,maafkan aku...
ampunkan aku..ampunkan aku..
ampunkan segala segala salah dan silapku...

Andai Ramadhan ini adalah yang terakhir buatku,,
jadikanlah ramadhan kali ini adalah ramadhan yang paling indah 
dan paling bermakna buat kali terakhir kalinya...

-salam sayang Hada-

Friday, May 27, 2011

KAWAN.. dari konteks diri dan islam.


entri ni aku ambil dari kawan di fb,,saje..sekadar nak share dengan korang-rakan bloggers..
bacalah ek :)

Salam (aku balas wassalam)..
kawan.. perkataan yang cukup sinonim bagi seorang manusia, tiada seorng pun yang mampu hidup sendiri hatta orang jahat skalipun..(aku setuju dengan statement  beliau) bagi orang yang baik mereka akan merasakan bahawa mereka hanya patut berkawan dengan yang baik sahaja kerana bagi mereka yang jahat tidak layak di jadikan kawan, bagi yang jahat pula mereka merasakan kekuatan mereka ada pada kelompok penjahat yang besar.. apapun perasaan mereka, yang ada pada mereka adalah kawan.. yaa, seorang kawan..
(aku xsetuju,,hehe sebab aku xtau nak bezakan mana kawan yang baik mana kawan yang jahat..sebab kawan ni makan dalam yang ramai,,aku?dalam makan jugak ka?agaga) 
Dalam dunia manusia akan mencuba untuk mencari kawan yang sesuai dengan keinginan dan perwatakan.. ingin mencari yang serasi.. 
tapi apa ertinya kawan di hati kalian??? Apa?? 
(bagi aku,,
a friend is some1 who knows da song to ur heart n sings it to you 
when u forget the words..
bahaha jawapan aku ada pada lirik lagu)
Aku pernah berkawan dengan golongan yang baik2, aku Nampak mereka mempunyai sikap saling menolong yang kukuh.. lantas aku terfikir, bagaimana pula dengan yang bermasalah?? Haaa, aku cuba mendekatkan diri dgn mereka, apa yang dapat aq lihat?? Mereka saling mnjaga keselamatan, omputih cakap protection..
(aku pun ada kawan y cakap cuba protect aku,,huh..tp aku xnampak pun itu semua dari dia..
sebabkan ayat protect dia tu aku anti protect sampai harini..bahaha) 

maknanya, setiap manusia mempunyai kawan yang pada dasarnya adalah untuk berkongsi segalanya.. tp, apa tujuan asal? Apa ertinya kawan pada diri kalian??(lirik lagu tadilah erti kawan ppada aku..bahaaha) Terkadang kita tersalah tafsir pada diri manusia..   Pernahkah anda terasa sepi pabila tidak menatap wajah seorang kawan??   Mesti ada kan.. pernahkah anda terasa ingin rapat dengan seseorang?? Sudah tentu ada.. tp, terkadang hajat itu x kesampaian..
(betullah tu 15% dari kata2 ni) 

Tuesday, May 10, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

sekadar perkongsian..
credit to Nurul Qhalbi..hmm..

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"   "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"   "Baitullah tu apa?" ... "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"   "Allah ada dalam tu?"   "Tak.."   "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"   "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."   "Kamu sembah apa?"   "Saya sembah Allah swt"   "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"   "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."   "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."   "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"   "Pernah.. selalu.."   "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"   "Tengok perlawanan bola la.."   "Di mana?"   "Dalam tv la.."   "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."   "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."   "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."   "So..?"   "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"   "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."   "Peliknya.."   "Sebab apa pulak pelik?"   "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."   "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."   "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"   "Ya.. tak pelik.."   "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."   "Erk.. kau betul.."    

pesanan sayang:
 sila sila la share~

Tuesday, April 26, 2011

semoga hatiku bersamaMu Ya Allah!!



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,,
Lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH!
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, 
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami,,
 dengan RAHMATMU YA ALLAH...
AMIN...

Monday, April 18, 2011

BANGKRAP DI AKHIRAT~

credit to:
msg:
terima kasih,terima kasih,terima kasih
semoga kita mendapat sesuatu yang positif kerana meluangkan masa untuk membaca sedikit nota yang banyak memberi nasihat kepada kita.

Bangkrap!!!

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Adakah kamu tahu siapa orangmuflis? Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: ``Sesungguhnya orang muflis dari umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka. (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Manusia pada suatu masa nanti benar-benar memerlukan bantuan dan pertolongan bilamana seseorang itu mengalami keadaan kecemasan di akhirat nanti. Amal ibadat kurang, kebaikan yang dilakukannya juga habis diambil dan diberikan kepada orang lain yang pernah dizaliminya semasa hidup di dunia dahulu. Inilah kemuflisan yang amat ditakuti. 

Ada bapa atau suami yang akan bangkrap kerana didunia amal agama hebat , namun mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan.Abaikan tanggungjawab mendidik , memberikan nafkah dan kasih sayang kepada mereka.... nauzubillah.

Hari ini  manusia berebut-rebut mencari keuntungan dunia...hingga melupakan nasib sendiri diakhirat kelak.Usah tertipu dengan dunia , nafsu dan keinginan yang tak berkesudahan...kita datang kedunia kosong, kita akan kembali ke akhirat dengan kosong juga.Semua milik Allah,  yang dipinjamkan untuk sementara.Hanya bekalan amal soleh yg dilaksanakan didunia dan langsai melaksanakan tanggungan yang diamanahkan akan selamat, itupun dengan rahmat Allah semata.

Semuga kita semua tidak bangkrap diakhirat kelak...amin

kenangan ku:

disaat aku dan rakan2 berada didalam tempat bersuluk milik Tokoh ulamak (Tok Solehor) last year~adalah saat yang paling menggentar jiwa,jantung,limpa dan seluruh organ-organ dalam badan.Namun dikentalkan semangat dikuatkan roh dan jasad untuk turut serta berada didalam suluk tesebut.untuk mengingsafi diri,untuk mengingati mati,untuk merasai hidup didalam gelap dan gelita. ketika itu aku bersama rakan2ku bukan bersendiri.aku telah mengalami perasan takut yang tidak terkira,rakanku ada jua yang tidak berani utuk bersama lebih kepada melihat kami yang merasai sendiri.Andai kata ajalku pendek dan aku harus hidup bersendiri di alam kubur..Ya Allah aku benar takut dan aku belum bersedia Ya Allah! semoga umurku panjang sehingga ajalku tiba aku benar2 menjadi perempuan solehah yang mampu berbakti kepada Ibu Bapa ku,keluargaku dam masyarakat di sekelilingku.Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tuesday, April 5, 2011

guru yang kukasih~

sekarang nie baru dapat online..
dapat update entri baru..
elektrik xde dari pukul 10.am to 7.30 pm..
pastu siap2 nak keluar g lepak kt MCD..
ngan  prisher,shikin and borhan..
kita borak2..
kita bincang2..
kita makan2..
and dalam pukul 11.50 bru sampai umah..
ehee3..nasib xkena marah dek omak and apak..uhu3..

Monday, March 28, 2011

anak nabi kita

assalamualaikum..

korang,, korang ingat tak lagu anak nabi kita? dulu2,masa ai masih kecik..dekat sekolah tadika..selalu jer nyanyi lagu anak nabi kita..tapi sekarang dah tak dah.. uhu3.. ai pun dah tak ingat sampai habis lagu anak nabi kita..walaupun lagu tu pendek tapi disebabkan dah lama jadi dah tak ingat.. k,ni lagu yang selalu ai nyanyi dulu2..

Sekadar renungan ~KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM~


Moga2 mendatangkan manfaat..InsyaALLAH..!!!


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH SWT


Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan ALLAH SWT


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali ALLAH SWT

Friday, March 18, 2011

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR



assalamualikum..


petang 2hari y lepas masa ai nk p bengkel moto,, cikgu  mengajar datang tuk jemput ai dari rumah..uhu3.. dalam perjalanan cikgu tu banyak sangat bercakap.. dan ai rasa percakapan beliau untuk kali tu amat2 bermanfaat..dia ade membincangkan tentang isu2 dunia..wah hevbat kan? macam ahli politik gitu..but i like..then,,pasal negara tercinta kita.. pasal isu kenaikan harga barang,pasal rasuah dan banyak lagi,,dan yang paling menarik bagi ai..cikgu ai tu buat kesimpulan bahawa semua y telah dibicarakan itu ada kena mengena dengan dekatnya kita dengan hari kiamat.. pasti GERUN bukan? 


cukupkah kita dengan segala amalan  kita buat? dengan ibadat kita? dengan segala kesalahan kita pada orang2 terdekat kita?sudahkah kita saling memaafi? banyak kan.. tengok jer apa dah berlaku sekarang ni..lepas jer isu tentang pemberontakan rakyat mesir,tsunami plak melanda jepun dengan 8.9 skala richter..dasyat kan? itulah kekuasaan Allah..  diikuti pula dengan gegaran kedua  dengan 6.0 skala richter..ramai y tidak dapat diselamatkan,,banyak harta benda musnah..mata wang jatuh merundum.. dan sekarang kita di malaysia..selamatkh kita? andai kata tidak berlaku berlaku rusuhan kini,mugkinkah rusuhan tidak akan berlaku juga untuk hari yang akan datng? bukan ai mengiginkan benda buruk terjadi tapi beringtlah.. dan hargailah setiap detik masa kita dengan penuh kesyukuran..

dan ni adalah artikel yang ai searh di enjin tokgoogle :

Tuesday, March 15, 2011

Aku belum bersedia lagi untuk bersolat ~Ben ashaari

assalamualaikum mr Boo dan para blogger,,

bukan ai berniat untk menciplak karya atau hasilan para blogger lain tapi kata2 nasihat itu seperti bermakna untuk ai dan  biarlah ia menjadi panduan untk ai menjadi lbih baik.. ai juga sedang mencari identiti diri kearah yang lebih baik..


dan inilah karya hasil nukilan ben ashaari ~,~

Monday, March 14, 2011

akad nikah pasangan istimewa~

assalamualaikum mr,boo dan rakan2 blogger..

post ai kali ni nak berkongsi video akd nikah sebuah perkahwinan yang lain dari yang lain dan belum pernah ai lihat sepanjang ai  hidup..eheh3..skema gitu.. tapi btol..perkahwinan sedara ayah ai amat istimewa sekali..begitu unik dan dihadiri ramai tetamu yang punyai niat y sama untuk  memeriahkan lagi majlis.. 

ha nie video y xberapa nak jadik masa tengah rakam,,yelah dalam ramai2 orang kan..pasti masing2 nak ambk shot y paling menarik kan,,so nie jelah y sempat rakam di celah jendela rumah milik pengantin..almaklumlah ai bukan jurugambar y hebat kan..kua3..

Thursday, February 24, 2011

tanda-tanda kematian


100 hari sblm mati
~Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum mati
~pusat akan berdenyut
pd ketika ini,,daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT

7 hari sebelum mati
~hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3hari sebelum mati
~akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri
~mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi
~Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam
~Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan

1hari sebelum mati

~akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya

tanda akhir
~akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinyaTelapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkanTelinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalammata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisiakan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiriSeluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Oleh itu,, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita..WALLAHUA`LAM

*pesanan ingatan untuk diriku dan dirimu:)

Monday, October 25, 2010

Jangan Pernah Mengeluh Menjadi Wanita

entri bukan hasil nukilan sendiri..maaf ok..
tapi isi entri amat bermanfaat untuk berkongsi sesama kita..
tidak rugi untuk kalian meluangkan sedikit masa membaca entri ini >> 
give :)

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

Thursday, October 14, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )


CREDIT TO: Ateh Nur

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Thursday, September 30, 2010

kenapa kita diuji semasa dlm mencr pasangan sejati...

entri ni saim aku wat share n tag katku..gila babas molek..
apohala nyo tag katku wat suci murni dari virus bla3 ini..
haishh,,tapi atas desakanNya,,bahaha..kalu dia tau aku nipu..heh3..
aku nak la sharee this kind of things untuk kalian..
sebenarnya,,bila ditimbang2 ayat dalam ni..
ermm..baguih jugap untuk tips DIMASA HADAPAN..ecececehh..
WNN,,timo qaseh la tag iyo..kua3

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


Monday, September 27, 2010

BUKAN LELAKI IDAMAN!

tadi,,sambil layan facebook ..tetiba muncul lah note y berkaitan dgn title diatas..
hehehe..berminatlah ingin tahu!! semanagt inkuiri gitu dengan bersungguh2nya..
hahaha..okeh,,ni che nak share dekat korang2 yaa..n juga santapan untuk diri sendiri gak nanti..ehehe..

hehe,,sweetkan..sesungguhnya inilah y sebenar2 nya yang sebenar..huhuhu

korang nak tau lebih lanjut? tekan SM

Monday, September 20, 2010

BACALAH YASSIN~


Image from google

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
#resepi #cooking try#precious food# 100 days 11 ogos 2014 100 days 16 february 2015 20-an ALPHABET RECOGNITION AMAZON Action songs Art and craft BECE BIRTHDAY PARTY BLOGLIST DAN SEGMEN Baby Milestones Bandung Ben ashaari Cinta Malaysia Sayang Kelantan DramaTv English Language Future Teacher GIVEAWAY Hari Rabu INDONESIA KIDS ACTIVITY KIDS PROJECT KIDS TOYS Ketam Kota Bharu Kelantan Kunak LESSON PLAN Lets learn "BAHASA MELAYU" Madinah Makkah Malay songs Maruku NURSERY NURSERY RHYMES PLANE TICKET PRESCHOOL PTPTN Princess sofia themem Pink theme Quotes of the Week REVIEW RINDU Ramadhan Resepi sos Mangga Resepi sos nyonya SABAH SOS MANGO SPORT&OUTDOOR SSPN Singapore TV SHOW Tawau UMRAH WRITING SKILLS advertising award baby photo bencana a.k.a musibah best place to visit KELANTAN bisnessbyIstanaSyurga bisnessonline breasfeeding tips brownies children assessment children milestones children performance children safety children trip and visit children with special need=gifted cognitive development contest dan contest foodhunters greenandredtea greenteathailand hand eyes recognition hilang# sukar jejaki lagi# dicuri# lalai# holiday a.k.a makan angin :) homeschooling kegemaran saya kid songs lagu+lirik lesen kereta letters makanan bercengkerang mimpi BESAR movie musim panas nephew+niece+children nothing just to say one destination. parenting tips parents teacher relationship party themem Barbie theme pools and waterfun public transportation puisi+poem+whatsoeverlah redteathailand saya jual secret recepi segmen agama sensory skills services specialcare teaching skills teman+sahabat tengah marah tips+petua+amalan=tindakan toddlers water play