Monday, August 1, 2016

CONFINEMENT| SIS PANTANG- BERBENGKUNG

Fungsi Berbengkung

  1. Mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut
  2. Memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna.
  3. Membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak, selulit yang terdapat pada paha dan punggung.
  4. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat 
  5. Mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.
  6. Baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya.
  7. Menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
  8. Mengelakkan rasa sakit setiap kali terbersin atau terbatuk.
Tips 

Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa siang dan malam dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Pemakaian bermula hari keempat sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Bagi mendapat kesan maksimum pakai minyak panas dulu sebelum berbengkung. Manakala bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari ke-14.

Sebaik-baiknya ibu yang melahirkan mempunyai dua bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Bengkung yang sempurna mempunyai diameter panjang daripada paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan Ibu.

Pemakaian Bengkung Yang Sempurna ,kelebihan berbengkung, manfaat berbengkung

masa sis xpandai lagi.. sikarang dah pro :P



Love,
teamoHada

No comments:

Post a Comment

It's a world of laughter, a world of tears. It's a world of hope and a world of fears. ๐Ÿ’“the world that you live, live the world that you๐Ÿ’“ It's a small world after all ๐ŸŒ

Love,
teamoHada@HadaSanAdventure