Tuesday, January 8, 2013

Panduan Dalam memilih Kawan Buat Pejuang Islam


 RENUNGILAH……….
           
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.

[1]   Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

[2]”   [ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 1 – 2 ]   3 prinsip umum dalam Islam yang perlu kita cek setiap masa sebelum mahu melakukan sesuatu ialah:  

1) Akidah yang betul- yakni percaya hanya Allah tuhan yang satu serta menerima sepenuh hati syariatNya dalam apa jua bidang kehidupan seperti politik, ekonomi, pergaulan, rumahtangga, kehakiman dan lain-lain.  
2) Menepati sunnah Rasulullah s.a.w (atau kita sebut juga syariat Allah) – contoh solat 5 waktu sehari semalam, bercinta selepas kahwin, menjaga lisan dari berkata keji, menghormati orang lain dan lain-lain.  
3) Niat semata-mata kerana Allah.   Ya, betulkan niat berkawan kerana Allah, bukan kerana perasaan suka.. dalam konteks ini, yang perlu berubah adalah diri sendiri.. cubalah bermonolog seperti ini..  

“ Ya Allah, sebelum ini aku suka bercakap perkara yang menyakitkan hati kawan, sekarang aku sudah meninggalkan kata-kata yang tidak baik itu keranaMu, Ya Allah! Ya Allah, aku lakukan ini semua kerana mengharapkan belas kasihan dan redaMu.   Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku selama ini. Lembutkanlah hati kawan-kawanku agar mereka dapat menerimaku.   Wahai Tuhan yang memiliki hati-hati manusia dan berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku dan kawan-kawanku di atas agamaMu dan mentaatiMu.   Wahai Tuhan yang Maha Mendengar rayuan hamba-hambaNya, Engkaulah yang Maha Memahami diriku dan usaha-usahaku selama ini untuk memperbaiki diri.   Sekiranya perkara yang menyakiti hati dari kawan-kawanku itu boleh mengkaffarah dosa-dosaku, maka aku reda Ya Allah dengan apa jua ketentuanMu.   Ya Allah, adakah Engkau reda dengan apa yang kulakukan? Sekiranya Engkau memandangku dengan reda dan penuh kasih sayang serta sudi mengampunkan dosa-dosaku yang lalu, maka cukuplah Engkau bagiku.   Ya Allah, sekiranya Engkau tidak murka atasku atas perbuatan mereka yang menyakitiku, maka aku tidak peduli lagi apa sahaja tindakan mereka.   Ya Allah, cukuplah Engkau sebagai sebaik-baik temanku.”  

Ingatlah………………………………………………….   kalau banyak kawan dan disanjung tapi Allah benci… tak guna… macam firaun, haman dan qarun.. kalau tak banyak kawan, dikeji, dihina tapi Allah sayang… alhamdulillah… macam nabi isa dan nabi2 yg lain.. kalau banyak kawan, disanjung dan Allah juga sayang… subhanalllah… macam nabi kita, nabi Muhammad   tapi nasib orang lain2… ujian setiap orang juga beza2… apupun yg paling penting ialah kita berdiri di jalan yg benar! tak kira orang benci atau orang sayang! yg penting ialah taat perintah Allah dan rasulnya! dan selalu muhasabah diri.. 

No comments:

Post a Comment

It's a world of laughter, a world of tears. It's a world of hope and a world of fears. ๐Ÿ’“the world that you live, live the world that you๐Ÿ’“ It's a small world after all ๐ŸŒ

Love,
teamoHada@HadaSanAdventure