Monday, April 25, 2011

bahagia dan sihat~PASTI !!

Lindungi Diri Daripada Pencemaran

  

Memilih untuk tinggal di negara yang 100% bebas pencemaran itu mustahil. Tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba mengelakkan diri daripada berada di dalam bilik yang penuh asap, kawasan yang sesak atau beriadah di kawasan yang terlalu sibuk dengan kenderaan. Lakukanlah aktiviti luar apabila kualiti udara baik. Tanamlah banyak pohon hijau di laman kalian. Semua ini membantu kalian mendapatkan kualiti udara yang baik dan secara tak langsung, kalian terhindar daripada bahaya pencemaran. jom kita praktiskan dalam kehidupan harian :)

Puji Orang Lain Untuk Rasa Lebih Gembira

  
sweetkan?? senyuman iklas lagi suci :)

Ingat hidup ini bukan hanya menerima, bahkan juga memberi!
 kalau tidak,,tiadalah frasa give and take right?? Tahukah kalian bahawa memuji rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang kalian jumpa sebenarnya mampu merangsang rasa gembira di dalam hati kalian. 
Apabila orang yang dipuji tertawa dan mengucapkan terima kasih,
 kalian sebenarnya bukan sahaja telah  menggembirakan dia, bahkan juga diri kalian sendiri. 
Apapun, sebelum melakukannya, kata kunci untuk semua ini hanya satu,
 iaitu IKHLAS :)

dan tengok ni plak,,

walaupun wajah dimamah usia,,
senyuman tetap menawan kan??

Telur Separuh Masak Baik Untuk Jantung


  
image from tok cun! cun kan?

and aku lak suka sangat makan roti bakar cuma y tak suka tekur separuh masak tu la..
kalau kekadang tu munkin xpe kot..kalau selalu,,erkkk!!

Bersarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak memang menyelerakan. 
Pasti tidak cukup sekeping roti. Namun tahukah kalian akan kebaikan set sarapan ini? Jika kalian mengambil putih telur separuh masak bersama mayones bebas lemak dan hirisan salad hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kalian sepanjang hari. Mengikut kajian, hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung KITA! Tunggu apa lagi ambillah telur separuh masak untuk sarapan k :)

Badam Beri Tenaga Tambahan

tapi kalau aku lagi prefer gajus! jum tengop kelebihan badam,,

Ramai yang berpendapat kekacang akan mengakibatkan jerawat. Jangan mudah membuat persepsi sendiri tahukah kalian bahawa badam amat baik untuk diamalkan. Tiada siapa pun mampu menafikan badam sangat enak. Tambahan pula sekiranya ia di makan bersama coklat atau di letakkan di dalam kek. Tidak mengapa teruskan mengunyah badam kerana ia memberi tenaga tambahan kepada tubuh. Selain itu, badam juga mampu membuatkan kamu kenyang untuk tempoh yang lama dan kandungan serat tinggi dalam badam juga baik untuk kesihatan usus. Lebih baik lagi badam juga kaya dengan zat besi, zink, magnesium, kalsium, vitamin E serta protein yang diperlukan tubuh.

No comments:

Post a Comment

It's a world of laughter, a world of tears. It's a world of hope and a world of fears. ๐Ÿ’“the world that you live, live the world that you๐Ÿ’“ It's a small world after all ๐ŸŒ

Love,
teamoHada@HadaSanAdventure