Monday, March 28, 2011

anak nabi kita

assalamualaikum..

korang,, korang ingat tak lagu anak nabi kita? dulu2,masa ai masih kecik..dekat sekolah tadika..selalu jer nyanyi lagu anak nabi kita..tapi sekarang dah tak dah.. uhu3.. ai pun dah tak ingat sampai habis lagu anak nabi kita..walaupun lagu tu pendek tapi disebabkan dah lama jadi dah tak ingat.. k,ni lagu yang selalu ai nyanyi dulu2..



ok,ni la lagu yang dulu2 suka nynyi selain dari nursery ryhme..tapi asenyer lagu anak nabi kita ni sebenarnya panjang ckit lagi..

and dekat bawah nie ai copy and paste dari seorang sufi dalam FB ai.. credit to sufi.. thanks dia tas perkongsian ini..


Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita hanya tahu nama anak cucu Nabi s.a.w. adalah Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Husin sahaja kerana kebiasaannya hanya mereka sahaja yang sering ditonjol-tonjolkan dalam catatan-catatan sejarah. Maka siapa pula yang dimaksudkan dalam selawat yang kita sebut setiap hari:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Allah, Berilah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad

Jadi, siapakah keluarga Nabi Muhammad s.a.w? Ringkasnya:

Anak-anak lelaki Nabi s.a.w.:

i. Qasim

ii. `Abdullah

iii. Toyyib @ Tohir (Sebahagian ulama` mengatakan Toyyib @ Tohir bukan orang yang berbeza tetapi gelaran kepada `Abdullah)

iv. Ibrahim

Qasim, `Abdullah dan toyyib @ Tohir adalah anak Nabi s.a.w. dengan Saidatina Khadijah manakala Ibrahim adalah anak baginda dengan Mariah al-Qibtiyyah, beliau juga meninggal semasa masih kecil iaitu semasa berumur 16 bulan

Anak-anak perempuan Nabi s.a.w.:

i. Zainab (isteri kepada Abul `Ash bin ar-Rabi`)

ii. Ruqayyah (isteri kepada Utsman bin `Affan)

iii. Fatimah (isteri kepada `Ali bin Abi Talib)

iv. Ummu Kultsum (juga kemudianya menjadi isteri kepada Utsman bin `Affan)

Semua cucu-cucu Rasulullah s.a.w. adalah keturunan dari anak-anak perempuan baginda s.a.w., kerana anak-anak lelaki baginda semuanya meninggal dunia ketika masih kecil lagi.

Cucu-cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w:

i. `Ali bin Abul `Ash bin ar-Rabi` (Cucu sulung Nabi s.a.w.)

ii. `Abdullah bin Utsman bin `Affan

iii. Hasan bin `Ali bin Abi Talib

iv. Husain bin `Ali bin Abu Talib

Cucu-cucu perempuan Nabi Muhammad Nabi s.a.w:

i. Umaamah binti Abul `Ash bin ar-Rabi`

ii. Ummu Kultsum binti `Ali bin Abu Thalib

iii. Zainab binti `Ali bin Abu Thalib


k,,tu jerla perkonsian untuk harini k.. nak keluar g jalan2 sejap.. see u soo my mr.Boo.. 
msg: semoga kisah2 ni menjadi ingatan sepanjang zaman untuk kita k..

No comments:

Post a Comment

It's a world of laughter, a world of tears. It's a world of hope and a world of fears. 💓the world that you live, live the world that you💓 It's a small world after all 🌐

Love,
teamoHada@HadaSanAdventure